Endora
Encik 'S' seorang pegawai tinggi kerajaan yang berpengaruh. Beliau sering memberikan ceramah kepada pegawai2 kerajaan. Cara penyampaiannya sangat bersahaja, menarik dan lucu membuatkan 2 jam terasa singkat.

Menurut Encik S, kuota bercakap bg perempuan ibarat 200,000 patah perkataan sehari dan boleh bersambung2 ... :) tapi bagi org lelaki cuma 2,000 patah perkataan sahaja. oleh itu kata beliau usahlah risau kalau isteri asyik membebel.

orang lelaki ni kalau fed-up dengar isteri membebel mulalah berangan untuk kahwin lain. Tapi bagi encik S, perkara itu tidak pernah termasuk dalam agenda hidupnya walaupun ada terfikir soal itu... hehehe

Bermulalah cerita  tentang Pak Usu Encik S yang berkahwin lain selepas kematian Mak Usunya akibat barah payudara.

Perkahwinan Pak Usu Encik S telah menjadi buah mulut dan umpatan masyarakat sekeliling. Manakan tidak, isteri baru meninggal, tapi suami telah berkahwin lain. Sebelum tu, pagi petang ke kubur isteri membawa sejag air. Air Yassin barang kali...

Oleh kerana tidak tahan mendengar umpat keji orang, Encik S memberanikan dirinya bertanya sendiri dengan Pak Usunya.

+ Penat dah saya ni dengar orang mengata Pak Usu macam2...
- Aku tahu orang mengata aku
+ Ye la, saya pun nak tahu jugak kenapa Pak Usu cepat sangat kahwin lain? dengan orang kampung ni pulak tu
- hal aku laki bini takkan la aku nak bagitahu dengan orang kampung apa yang kami bincang dalam kelambu..
+ betul jugak...
- Sebelum meninggal, Mak Usu kamu pesan suruh aku kawin lain demi anak-anak tapi dengan satu syarat....
+ Apa syaratnya Pak Usu?
- Aku boleh kahwin lain lepas kubur dia tumbuh rumput. Tu yang aku dok pagi petang mengulang kubur dia
   bawak air sejag sebab nak siram rumputla. Biar rumput cepat tumbuh....

Terjawab sudah kemusykilan kenapa Pak Usu  Encik S rajin ke kubur isterinya sebelum beristeri baru... jadi taklah dikatakan orang... tanah kubur isteri masih merah dah berkahwin lain sebab dia kahwin bila tanah kubur isterinya dah hijau tumbuh dek rumput... hehe
Endora
5 Bangau .... mengajar perlu sabar... kalau menyalin, 1 ayat yang mengandungi 7 perkataan  : Penduduk Taman Puncak Indah bergotong -royong membersihkan kawasan kediaman mereka. boleh mengambil masa selama 10-15 minit !!

seperti biasa sebaik sahaja berbincang dan bersoal jawab, saya akan menaipkan jawapan dan kemudian memaparkannya di skrin. 

Hafiz : Cikgu ! salin ke?
saya : takla... hafal jer...
Hafiz :  fuhhhh... lega... (sambil mengurut dada)
Arif : salin la wei...
Hafiz : cikgu cakap tak la...
Hafiz : Cikgu ! tak payah salin kan?
saya : kenapa? awak ada bawak kamera ke?
Hafiz : ada !

saya pulak yg bingung 2 saat sebab macam tak sangka pulak dia ada bawak kamera.... hahaha

Hafiz: eh..eh... takde cikgu ! (tersengeh2 sbb da silap jawab)
Hafiz : kenapa cikgu?
saya : kalau ada bawak kamera, amik la gambar lepas tu tampal dalam buku nota. Senang. tak payah salin...
Arif : ha..... kan aku da kata.... salin la !!

hafiz masih tersenyum manis...
Endora
dah 2 hari hafiz tak datang. kalau esok2 dia datang, mesti aku tanya dia "kenapa tak datang sekolah?"
mesti ada la yang tukang jawabkan " kasut basah" tak pun..... "sibuk buang sampah"

1. kasut basah - memang selalu jadi alasan Hafiz kalau tak datang sekolah.
2. buang sampah - perli daripada kawan2 dia la sebab dia asyik bersungut jer "hari-hari kerja saya buang sampah! mak saya asyik suruh saya je yang buang sampah!"

Hari ni Khamis. macam biasa aku ajar Bah. C. membina ulasan : Nilai-nilai murni

petikan hari ini berkenaan Pengguna Bijak.

bila da baca petikan, 5 nilai yang diperolehi adalah kerajinan, hemah tinggi,kejujuran, prihatin, dan  bertanggung jawab.


nilai yang kelima tu bertanggung jawab 
Penanda wacana nilai  +  kata hubung  +  huraian 

Nilai yang terakhir  adalah bertanggung jawab seperti pihak berkuasa yang sentiasa mengawal mutu barangan sukan

seperti biasa, oleh kerana 'kedhaifan' 5 Bangau dalam kemahiran membaca, sebaik sahaja saya siap menaip di laptop dan paparkan di skrin... maka murid-murid akan menyalin contoh jawapan.

Tiba-tiba...

Mark: Cikgu, ...mengawal mutu barangan... mutu tu nama orang eh?


la...haiiii..... hafiz tak datang... ada jugak yg mengganti...
Endora
Semalam Hafiz tak datang. Hari ini dia datang  sekolah dengan imej baru... rambut ala askar.

Hari ini saya mengajar bahagian C iaitu membina ulasan nilai murni kepada kelas 5 Bangau dengan aras rendah.

saya: jangan lupa gariskan penanda wacana dan nilai murni dengan pensel warna
Arif : Ala.... cikgu. saya takde pensel warna
HAFIZ : Saya ada banyak, cikgu. Sejuta!
Hafazira : Hafiz kan anak orang kaya...
saya: o ye ke...?
HAFIZ: a'ah..
saya: ayah bawa kereta apa?
HAFIZ: BMW (sambil tersenyum bangga..)
Mark: eh, ye ke... aritu kan bawak kereta hitam jer... (da mula nak ketawa berdekah2 sambil bermain mata dengan saya)
Hafazira : Dia banyak kete la....
Mark : cikgu, bapak kaya... anak macam ni....

Mark memang da tak tahan nak gelak...
Endora
Semasa di darjah satu tahun '82 dulu saya mengisi KERANI sebagai cita-cita pertama saya... hahaha
Semasa dalam darjah dua pula saya isikan CIKGU. dan sejak dari itu memang saya sangat berazam untuk menjadi cikgu.

Selepas tamat belajar di UPM tahun 2001, saya menimba pengalaman sebagai cikgu tadika di sebuah sekolah tadika swasta di Kota Kemuning. 98% muridnya berbangsa Cina.

Saya seorang guru yang garang. Mengajar BM dalam bahasa Inggeris sebab tu sekolah anak orang Cina kaya.

Ada seorang murid Cina 6 tahun lelaki yang berkepala botak, gempal dan rendah. Namanya Khong She Jie (phonetik: Kong Se Jek) Dia tidak tahu berbahasa Melayu apatah lagi membaca. Saat yang mengerikan baginya adalah bila saya memanggil namanya dan suruh dia membaca. Mulutnya saja termuncung2 macam ikan emas tapi tiada suara yang keluar.

sesi mengajar dan belajar membaca pun bermula....

mengeja sukukata
saya:  L . U : LU  (sambil mata mencerun memandang muka KSJ)
KSJ:  L . U : LU  (dengan suara yang terketar2... )

saya: T . U . T : TUT  : LUTUT
KSJ: TITUT TITUT.....  (senafas je dia menyebutnya dengan muka yang merah padam, air mata pun dah mengalir)

saya pun terasa macam nak mengalirkan air mata sebab tak tahan nak ketawa ...kahkahkah

KSJ... i bet now you are in form 4 isn't?
Endora
Bagi BM kertas 2  ada 3 bahagian. Bah.A bina 5 ayat berdasarkan gambar, Bah.B buat karangan dan Bah.C membina ulasan sama ada untuk nilai murni atau pun pengajaran.

Seperti biasa, hari Khamis adalah hari untuk Penulisan Bah.C iaitu nilai murni.

masuk ke kelas 5 Bangau memang azablah kalau nak membaca petikan teks. tu belum nak cari 5 nilai murni berdasarkan petikan... end of the day, end up dengan spoon feeding... saya beri jawapan, mereka salin...

+ baiklah kelas, apa maksud rasional?
-  Hafiz : Kerajinan cikgu!!
+  bukan.... (dgn nada lembut sbb kagum dgn semangat menjawabnya tu tadi : budget betul jer..
+ rasional adalah boleh mempertimbangkan sesuatu perkara yang baik atau tidak baik..
+  contohnya, Hafiz, kalau kawan awak ajak ke siber kafe, awak pergi tak?
-  Hafiz: saya tak pergi cikgu... ( dengan mimik muka yang bersungguh2)
+ bagus.... sebab ke siber kafe tu membuang masa saja kalau pergi setakat main game
-  Hafiz: kalau siber kafe memang saya tak pergi cikgu tapi saya 'gi CC

??? hadoiiii Hafiz.... sama la tu....
Endora
tahun ni saya kena mengajar bahasa Malaysia untuk murid-murid tahun 5. macam naik pangkat pulak sebab last year ajar tahun 4.

yang macam tak berapa nak best tu bila kena ajar dua kelas yang berlainan darjat. 1 kelas yang memang kategori pandai and speeding pace. satu lagi yang 'melly goes slow'... out of 20 pupils... 12 can't read fluently...huhu and few of them can't even read and couldn't  recognise letters!!! phewww...

salah seorang daripada murid tu ialah HAFIZ...yang memang tak tahu membaca dan tidak mengenal 11 daripada 26 huruf rumi...

satu pagi, datang la seorang ustazah kepada saya yang mengajar bahasa Arab di kelas Hafiz...

-:  macamana la ko ajar kelas bangau tu?
+:  memang ajar slow2 la sampai boleh faham... tu pun menyalin saja bukan suruh buat sendiri bahagian penulisan.
-: aku ajar satu perkataan Arab ... KAKSUN = GELAS..
bila aku tanya semula "apa perkataan bahasa arab untuk GELAS... ?"
aku nampak Hafiz angkat tangan ... dia jawab " KAK SITI !!!"

dan hari itu... saya dapat lihat ustazah yang sopan santun itu tertawa terbahak2 untuk pertama kalinya....

moralnya: biarpun buta huruf, keyakinan mengatasi kekurangan tu... gaya mesti ada... :)