Endora
Encik 'S' seorang pegawai tinggi kerajaan yang berpengaruh. Beliau sering memberikan ceramah kepada pegawai2 kerajaan. Cara penyampaiannya sangat bersahaja, menarik dan lucu membuatkan 2 jam terasa singkat.

Menurut Encik S, kuota bercakap bg perempuan ibarat 200,000 patah perkataan sehari dan boleh bersambung2 ... :) tapi bagi org lelaki cuma 2,000 patah perkataan sahaja. oleh itu kata beliau usahlah risau kalau isteri asyik membebel.

orang lelaki ni kalau fed-up dengar isteri membebel mulalah berangan untuk kahwin lain. Tapi bagi encik S, perkara itu tidak pernah termasuk dalam agenda hidupnya walaupun ada terfikir soal itu... hehehe

Bermulalah cerita  tentang Pak Usu Encik S yang berkahwin lain selepas kematian Mak Usunya akibat barah payudara.

Perkahwinan Pak Usu Encik S telah menjadi buah mulut dan umpatan masyarakat sekeliling. Manakan tidak, isteri baru meninggal, tapi suami telah berkahwin lain. Sebelum tu, pagi petang ke kubur isteri membawa sejag air. Air Yassin barang kali...

Oleh kerana tidak tahan mendengar umpat keji orang, Encik S memberanikan dirinya bertanya sendiri dengan Pak Usunya.

+ Penat dah saya ni dengar orang mengata Pak Usu macam2...
- Aku tahu orang mengata aku
+ Ye la, saya pun nak tahu jugak kenapa Pak Usu cepat sangat kahwin lain? dengan orang kampung ni pulak tu
- hal aku laki bini takkan la aku nak bagitahu dengan orang kampung apa yang kami bincang dalam kelambu..
+ betul jugak...
- Sebelum meninggal, Mak Usu kamu pesan suruh aku kawin lain demi anak-anak tapi dengan satu syarat....
+ Apa syaratnya Pak Usu?
- Aku boleh kahwin lain lepas kubur dia tumbuh rumput. Tu yang aku dok pagi petang mengulang kubur dia
   bawak air sejag sebab nak siram rumputla. Biar rumput cepat tumbuh....

Terjawab sudah kemusykilan kenapa Pak Usu  Encik S rajin ke kubur isterinya sebelum beristeri baru... jadi taklah dikatakan orang... tanah kubur isteri masih merah dah berkahwin lain sebab dia kahwin bila tanah kubur isterinya dah hijau tumbuh dek rumput... hehe
0 Responses

Post a Comment