Endora
5 Bangau .... mengajar perlu sabar... kalau menyalin, 1 ayat yang mengandungi 7 perkataan :
Penduduk Taman Puncak Indah bergotong -royong membersihkan kawasan kediaman mereka. boleh mengambil masa selama 10-15 minit !!
seperti biasa sebaik sahaja berbincang dan bersoal jawab, saya akan menaipkan jawapan dan kemudian memaparkannya di skrin.
Hafiz : Cikgu ! salin ke?
saya : takla... hafal jer...
Hafiz : fuhhhh... lega... (sambil mengurut dada)
Arif : salin la wei...
Hafiz : cikgu cakap tak la...
Hafiz : Cikgu ! tak payah salin kan?
saya : kenapa? awak ada bawak kamera ke?
Hafiz : ada !
saya pulak yg bingung 2 saat sebab macam tak sangka pulak dia ada bawak kamera.... hahaha
Hafiz: eh..eh... takde cikgu ! (tersengeh2 sbb da silap jawab)
Hafiz : kenapa cikgu?
saya : kalau ada bawak kamera, amik la gambar lepas tu tampal dalam buku nota. Senang. tak payah salin...
Arif : ha..... kan aku da kata.... salin la !!
hafiz masih tersenyum manis...
Endora
dah 2 hari hafiz tak datang. kalau esok2 dia datang, mesti aku tanya dia
"kenapa tak datang sekolah?"
mesti ada la yang tukang jawabkan
" kasut basah" tak pun.....
"sibuk buang sampah"
1.
kasut basah - memang selalu jadi alasan Hafiz kalau tak datang sekolah.
2.
buang sampah - perli daripada kawan2 dia la sebab dia asyik bersungut jer
"hari-hari kerja saya buang sampah! mak saya asyik suruh saya je yang buang sampah!"
Hari ni Khamis. macam biasa aku ajar Bah. C. membina ulasan : Nilai-nilai murni
petikan hari ini berkenaan Pengguna Bijak.
bila da baca petikan, 5 nilai yang diperolehi adalah kerajinan, hemah tinggi,kejujuran, prihatin, dan bertanggung jawab.
nilai yang kelima tu bertanggung jawab
Penanda wacana +
nilai +
kata hubung +
huraian
Nilai yang terakhir adalah bertanggung jawab seperti pihak berkuasa yang sentiasa mengawal mutu barangan sukan
seperti biasa, oleh kerana 'kedhaifan' 5 Bangau dalam kemahiran membaca, sebaik sahaja saya siap menaip di laptop dan paparkan di skrin... maka murid-murid akan menyalin contoh jawapan.
Tiba-tiba...
Mark:
Cikgu, ...mengawal mutu barangan... mutu tu nama orang eh?
la...haiiii..... hafiz tak datang... ada jugak yg mengganti...
Endora
Semalam Hafiz tak datang. Hari ini dia datang sekolah dengan imej baru... rambut ala askar.
Hari ini saya mengajar bahagian C iaitu membina ulasan nilai murni kepada kelas 5 Bangau dengan aras rendah.
saya: jangan lupa gariskan penanda wacana dan nilai murni dengan pensel warna
Arif : Ala.... cikgu. saya takde pensel warna
HAFIZ : Saya ada banyak, cikgu. Sejuta!
Hafazira : Hafiz kan anak orang kaya...
saya: o ye ke...?
HAFIZ: a'ah..
saya: ayah bawa kereta apa?
HAFIZ: BMW (sambil tersenyum bangga..)
Mark: eh, ye ke... aritu kan bawak kereta hitam jer... (da mula nak ketawa berdekah2 sambil bermain mata dengan saya)
Hafazira : Dia banyak kete la....
Mark : cikgu, bapak kaya... anak macam ni....
Mark memang da tak tahan nak gelak...
Endora
Semasa di darjah satu tahun '82 dulu saya mengisi KERANI sebagai cita-cita pertama saya... hahaha
Semasa dalam darjah dua pula saya isikan CIKGU. dan sejak dari itu memang saya sangat berazam untuk menjadi cikgu.
Selepas tamat belajar di UPM tahun 2001, saya menimba pengalaman sebagai cikgu tadika di sebuah sekolah tadika swasta di Kota Kemuning. 98% muridnya berbangsa Cina.
Saya seorang guru yang garang. Mengajar BM dalam bahasa Inggeris sebab tu sekolah anak orang Cina kaya.
Ada seorang murid Cina 6 tahun lelaki yang berkepala botak, gempal dan rendah. Namanya Khong She Jie (phonetik: Kong Se Jek) Dia tidak tahu berbahasa Melayu apatah lagi membaca. Saat yang mengerikan baginya adalah bila saya memanggil namanya dan suruh dia membaca. Mulutnya saja termuncung2 macam ikan emas tapi tiada suara yang keluar.
sesi mengajar dan belajar membaca pun bermula....
mengeja sukukata
saya:
L . U :
LU (sambil mata mencerun memandang muka KSJ)
KSJ: L . U : LU (dengan suara yang terketar2... )
saya:
T . U . T :
TUT :
LUTUT
KSJ:
TITUT TITUT..... (senafas je dia menyebutnya dengan muka yang merah padam, air mata pun dah mengalir)
saya pun terasa macam nak mengalirkan air mata sebab tak tahan nak ketawa ...kahkahkah
KSJ... i bet now you are in form 4 isn't?
Endora
Bagi BM kertas 2 ada 3 bahagian. Bah.A bina 5 ayat berdasarkan gambar, Bah.B buat karangan dan Bah.C membina ulasan sama ada untuk nilai murni atau pun pengajaran.
Seperti biasa, hari Khamis adalah hari untuk Penulisan Bah.C iaitu nilai murni.
masuk ke kelas 5 Bangau memang azablah kalau nak membaca petikan teks. tu belum nak cari 5 nilai murni berdasarkan petikan... end of the day, end up dengan spoon feeding... saya beri jawapan, mereka salin...
+ baiklah kelas, apa maksud rasional?
- Hafiz : Kerajinan cikgu!!
+ bukan.... (dgn nada lembut sbb kagum dgn semangat menjawabnya tu tadi : budget betul jer..
+ rasional adalah boleh mempertimbangkan sesuatu perkara yang baik atau tidak baik..
+ contohnya, Hafiz, kalau kawan awak ajak ke siber kafe, awak pergi tak?
- Hafiz: saya tak pergi cikgu... ( dengan mimik muka yang bersungguh2)
+ bagus.... sebab ke siber kafe tu membuang masa saja kalau pergi setakat main game
- Hafiz: kalau
siber kafe memang saya
tak pergi cikgu
tapi saya 'gi CC
???
hadoiiii Hafiz.... sama la tu....