Semasa di darjah satu tahun '82 dulu saya mengisi KERANI sebagai cita-cita pertama saya... hahaha
Semasa dalam darjah dua pula saya isikan CIKGU. dan sejak dari itu memang saya sangat berazam untuk menjadi cikgu.
Selepas tamat belajar di UPM tahun 2001, saya menimba pengalaman sebagai cikgu tadika di sebuah sekolah tadika swasta di Kota Kemuning. 98% muridnya berbangsa Cina.
Saya seorang guru yang garang. Mengajar BM dalam bahasa Inggeris sebab tu sekolah anak orang Cina kaya.
Ada seorang murid Cina 6 tahun lelaki yang berkepala botak, gempal dan rendah. Namanya Khong She Jie (phonetik: Kong Se Jek) Dia tidak tahu berbahasa Melayu apatah lagi membaca. Saat yang mengerikan baginya adalah bila saya memanggil namanya dan suruh dia membaca. Mulutnya saja termuncung2 macam ikan emas tapi tiada suara yang keluar.
sesi mengajar dan belajar membaca pun bermula....
mengeja sukukata
saya: L . U : LU (sambil mata mencerun memandang muka KSJ)
KSJ: L . U : LU (dengan suara yang terketar2... )
saya: T . U . T : TUT : LUTUT
KSJ: TITUT TITUT..... (senafas je dia menyebutnya dengan muka yang merah padam, air mata pun dah mengalir)
saya pun terasa macam nak mengalirkan air mata sebab tak tahan nak ketawa ...kahkahkah
KSJ... i bet now you are in form 4 isn't?

Post a Comment