Endora
dah 2 hari hafiz tak datang. kalau esok2 dia datang, mesti aku tanya dia "kenapa tak datang sekolah?"
mesti ada la yang tukang jawabkan " kasut basah" tak pun..... "sibuk buang sampah"

1. kasut basah - memang selalu jadi alasan Hafiz kalau tak datang sekolah.
2. buang sampah - perli daripada kawan2 dia la sebab dia asyik bersungut jer "hari-hari kerja saya buang sampah! mak saya asyik suruh saya je yang buang sampah!"

Hari ni Khamis. macam biasa aku ajar Bah. C. membina ulasan : Nilai-nilai murni

petikan hari ini berkenaan Pengguna Bijak.

bila da baca petikan, 5 nilai yang diperolehi adalah kerajinan, hemah tinggi,kejujuran, prihatin, dan  bertanggung jawab.


nilai yang kelima tu bertanggung jawab 
Penanda wacana nilai  +  kata hubung  +  huraian 

Nilai yang terakhir  adalah bertanggung jawab seperti pihak berkuasa yang sentiasa mengawal mutu barangan sukan

seperti biasa, oleh kerana 'kedhaifan' 5 Bangau dalam kemahiran membaca, sebaik sahaja saya siap menaip di laptop dan paparkan di skrin... maka murid-murid akan menyalin contoh jawapan.

Tiba-tiba...

Mark: Cikgu, ...mengawal mutu barangan... mutu tu nama orang eh?


la...haiiii..... hafiz tak datang... ada jugak yg mengganti...
0 Responses

Post a Comment